Thursday 26 April 2012

Adam.....MAKAN?????? *_*

MAQ almost 6months???? Cepatnye....Nak makan la pulak...Ape benda nk bg MAQ mkn ni?? Bubur??Nasi??Biskut??Puree??...............ibu conpiuS!!!
 first, ibu n baba dah beli adam biskut...sebab adam mcm lapar jek...kitorg beli mcm gmbr kat bwh ni...
MAQ mkn sesudu je...pastu tknk..tak sedap kot..tapi ibu dh rasa..ok je... tkpe,nanti ibu try makanan lain pulak ye... Lepas ni kita ikut 4 days rules sepert idi bawah ni ye MAQ ^_^ 

RESEPI UMUR 6 BULAN (guna teknik 3-4 days rules).. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy. 
Hari 1-3: air kanji nasi Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua org tua2 nak intro solid kat baby 
Hari 4-7 : bubur nasi 
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang 
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot 
Hari 16-19: bubur nasi +bayam 
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis 
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot 
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis 
Time 6 bulan ni, tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi prefer tapis dengan penapis. Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok. Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis. 
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year. 

ok tak MAQ???? ibu try ye.... by the way, ibu tak terlalu awal sgt kan bg MAQ mkn...MAQ almost 6months this week...So,dah sesuai sgt tu..Minum susu 5oz pon tk cukup dh skrg ni..huhu For those yg nak bg baby makan, just read this article k...hihi...Sharing is Caring mommies!! 

 Memberi Bayi Makanan Pejal Terlalu Awal Dikaitkan Dengan Risiko Obesiti 
Bayi yang diberi susu formula yang mula makan makanan pejal sebelum mereka mencapai usia 4 bulan adalah berkemungkinan untuk menjadi obes berbanding dengan yang mula lebih lewat, hasil dari satu kajian. Penemuan ini menyokong panduan yang mengatakan ibubapa seharusnya menunggu sehingga bayi berada di antara usia 4 hingga 6 bulan untuk mula memberi mereka makanan pejal, kata Dr. Susanna Huh, seorang dari pengkaji utama dari Hospital Kanak-kanak Boston. “Mematuhi garis panduan tersebut boleh mengurangkan risiko obesiti zaman kanak-kanak,” kata beliau. Kajian terdahulu telah menunjukkan hasil yang bertentangan sama ada usia bayi mula makan makanan pejal berkait dengan peluang untuk menjadi obes apabila bayi meningkat usia. Ini terutama bagi bayi yang diberi susu formula, peralihan kepada makanan pejal mungkin bermakna satu peningkatan yang ketara dalam jumlah kalori yang diambil mereka. Dalam kajian ini, Huh dan rakan-rakan membuat pemerhatian terhadap 850 bayi dan ibubapa mereka selama 3 tahun. Apabila bayi berusia 6 bulan, para pengkaji bertanya pada ibu sama ada mereka telah diberi susu ibu – dan jika ya, sudah berapa lama – dan bila mereka mula memberi bayi mereka makanan pejal, seperti bijirin, buah-buahan dan produk tenusu. 

Kemungkinan menjadi obes bertambah sekali lagi jika bayi-bayi tidak mula makan makanan pejal sehingga mereka sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi hanya terlalu sedikit daripada bayi-bayi itu untuk pengkaji-pengkaji untuk membuat satu keputusan yang jelas tentang risiko menunggu lebih lama untuk memberi bayi makan makanan pejal. Di seluruh dunia, para doktor telah mempromosikan pentingnya menyusu susu ibu dalam 4 untuk 6 bulan pertama bayi. Bagaimanapun, di Amerika kira-kira separuh daripada bayi telah diberi susu ibu kurang daripada 4 bulan, atau tidak diberi susu ibu sama sekali, menurut Centers for Disease Control and Prevention. Susu ibu itu sendiri mengurangkan risiko bayi menjadi obes. Untuk bayi-bayi itu yang dibesarkan dengan susu formula, ia penting untuk ibubapa mereka menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya empat bulan sebelum memberi makan mereka makanan pejal, kata penyelidik-penyelidik itu.  Memberi makanan pejal terlalu awal, sama ada bersama dengan susu formula atau berasingan, “ialah seakan menyediakan anak anda untuk obesiti.”
Takut MAQ jd mcm ni nanti....hihi

No comments:

Post a Comment