Friday 25 May 2012

MAQ almost 7 months...Banyak benda baru yg dia dah belajar...yg dia dh pndai buat...macam2 kerenah nk layan budak ni sorang....Makan??? okla...makan sikit2...Susu jugak nombor satu yg dia cari..

Just nak kongsi Panduan Pemakanan ikut usia bayi ~
  • Umur: 6 bulan
  • Kemahiran: Mula menerima makanan pejal
  • Jenis makanan: Makanan lembut (bubur nasi,puri buah,sayuran)
  • Sukatan & kekerapan: 2-3 sudu besar setiap hidangan (2 kali dalam sehari disusuli penyusuan ibu yg kerap)
  • Umur: 7-8 bulan
  • Kemahiran: Mula belajar mengunyah
  • Jenis makanan: Makanan lembut 
  • (nasi,buah,sayuran yg dilecek,produk tenusu;keju,yogurt. Telur (berikan kuning telur dlm kuantiti yg sedikit. JANGAN BERIKAN PUTIH TELUR HINGGA USIA BAYI M'CECAH 12BLN SEKIRANYA KELUARGA MEMPUNYAI SEJARAH ALAHAN,REAKSI KULIT)
  • Sukatan & kekerapan: 2/3 cawan (250l) perlahan-lahan tingkatkan ke 3/4 cawan setiap hidangan (3 kali sehari disusuli dgn penyusuan ibu yg kerap)
Usia 6-12 bulan
6 pagi: Susu ibu atau susu formula
9-10 pagi: Bubur,bijirin dengan susu atau buah-buahan
1-2 tengahari: Bubur nasi/puri, nasi dgn ikan/sayuran hijau
3-4 petang: Susu dengan buahan atau jus
5-6 petang: Nasi,bubur
Waktu tidur: Susu (susi ibu atau formula)

JANGAN!!!
  1. JANGAN BERIKAN LOBAK MERAH,BAYAM SEAWAL USIA 4 BULAN KRN MENGANDUNGI NITRATE YG BOLEH MEROSAKKAN KEMAMPUAN SEL DARAH MERAH MEMBEKALKAN OKSIGEN.
  2. JANGAN BERIKAN MADU DI BAWAH USIA SETAHUN KERANA BOLEH MENYEBABKAN BOTULISME.
  3. JANGAN GUNAKAN PERIUK TEMBAGA,ALUMINIUM UTK MEMASAK.
  4. PASTIKAN SUKATAN YG BETUL. ELAKKAN ALAHAN & KETAGIHAN.
PASTIKAN: REAKSI ANAK SETIAP KALI MULA DIPERKENALKAN DENGAN MAKANAN (PERATURAN 4 HARI)

 nanti ibu upload gmbr MAQ tgh makan ye.... ^_^

Tuesday 8 May 2012

Bz ker??

Diari MAQ???
Tak sempat nk update blog MAQ....Bz....Sibuk....Semua ada....
Tapi yang penting.....................................................My boy makin sihat n membeSAr~

Thursday 26 April 2012

Adam.....MAKAN?????? *_*

MAQ almost 6months???? Cepatnye....Nak makan la pulak...Ape benda nk bg MAQ mkn ni?? Bubur??Nasi??Biskut??Puree??...............ibu conpiuS!!!
 first, ibu n baba dah beli adam biskut...sebab adam mcm lapar jek...kitorg beli mcm gmbr kat bwh ni...
MAQ mkn sesudu je...pastu tknk..tak sedap kot..tapi ibu dh rasa..ok je... tkpe,nanti ibu try makanan lain pulak ye... Lepas ni kita ikut 4 days rules sepert idi bawah ni ye MAQ ^_^ 

RESEPI UMUR 6 BULAN (guna teknik 3-4 days rules).. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy. 
Hari 1-3: air kanji nasi Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua org tua2 nak intro solid kat baby 
Hari 4-7 : bubur nasi 
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang 
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot 
Hari 16-19: bubur nasi +bayam 
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis 
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot 
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis 
Time 6 bulan ni, tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi prefer tapis dengan penapis. Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok. Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis. 
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year. 

ok tak MAQ???? ibu try ye.... by the way, ibu tak terlalu awal sgt kan bg MAQ mkn...MAQ almost 6months this week...So,dah sesuai sgt tu..Minum susu 5oz pon tk cukup dh skrg ni..huhu For those yg nak bg baby makan, just read this article k...hihi...Sharing is Caring mommies!! 

 Memberi Bayi Makanan Pejal Terlalu Awal Dikaitkan Dengan Risiko Obesiti 
Bayi yang diberi susu formula yang mula makan makanan pejal sebelum mereka mencapai usia 4 bulan adalah berkemungkinan untuk menjadi obes berbanding dengan yang mula lebih lewat, hasil dari satu kajian. Penemuan ini menyokong panduan yang mengatakan ibubapa seharusnya menunggu sehingga bayi berada di antara usia 4 hingga 6 bulan untuk mula memberi mereka makanan pejal, kata Dr. Susanna Huh, seorang dari pengkaji utama dari Hospital Kanak-kanak Boston. “Mematuhi garis panduan tersebut boleh mengurangkan risiko obesiti zaman kanak-kanak,” kata beliau. Kajian terdahulu telah menunjukkan hasil yang bertentangan sama ada usia bayi mula makan makanan pejal berkait dengan peluang untuk menjadi obes apabila bayi meningkat usia. Ini terutama bagi bayi yang diberi susu formula, peralihan kepada makanan pejal mungkin bermakna satu peningkatan yang ketara dalam jumlah kalori yang diambil mereka. Dalam kajian ini, Huh dan rakan-rakan membuat pemerhatian terhadap 850 bayi dan ibubapa mereka selama 3 tahun. Apabila bayi berusia 6 bulan, para pengkaji bertanya pada ibu sama ada mereka telah diberi susu ibu – dan jika ya, sudah berapa lama – dan bila mereka mula memberi bayi mereka makanan pejal, seperti bijirin, buah-buahan dan produk tenusu. 

Kemungkinan menjadi obes bertambah sekali lagi jika bayi-bayi tidak mula makan makanan pejal sehingga mereka sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi hanya terlalu sedikit daripada bayi-bayi itu untuk pengkaji-pengkaji untuk membuat satu keputusan yang jelas tentang risiko menunggu lebih lama untuk memberi bayi makan makanan pejal. Di seluruh dunia, para doktor telah mempromosikan pentingnya menyusu susu ibu dalam 4 untuk 6 bulan pertama bayi. Bagaimanapun, di Amerika kira-kira separuh daripada bayi telah diberi susu ibu kurang daripada 4 bulan, atau tidak diberi susu ibu sama sekali, menurut Centers for Disease Control and Prevention. Susu ibu itu sendiri mengurangkan risiko bayi menjadi obes. Untuk bayi-bayi itu yang dibesarkan dengan susu formula, ia penting untuk ibubapa mereka menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya empat bulan sebelum memberi makan mereka makanan pejal, kata penyelidik-penyelidik itu.  Memberi makanan pejal terlalu awal, sama ada bersama dengan susu formula atau berasingan, “ialah seakan menyediakan anak anda untuk obesiti.”
Takut MAQ jd mcm ni nanti....hihi

Wednesday 25 April 2012

Diari MAQ ~ cuti?????

Hari ni ibu n baba cuti...hehe...byk urusan nak diuruskan..nak bayar tu,nk bayar ni..lgpon baru gaji kan,better settle kan urusan penting...tapi MAQ........takleh ikut tau...(hehe,baba nk dating dgn ibu).. tapi..............................................................ade suprise utk MAQ......................................hihi MAQ suke sgt mainan dia tu...sampai terkeluar dari landasan la...excited je muka bile masuk umah ada mainan dia...
Suka sgt mainan tu sampai nak runtuh jgk la..tarik kuat sgt budak ni..hihi..baba kate baju jgn beli dulu.Sebab ada byk lagi yg MAQ tak pki lg..So,kita tgu dulu ye MAQ..

Friday 13 April 2012

Bersyukur lah ~

SubhanALLAH...Syukur Ya Allah atas kurniaan dan nikmat rezeki yang kau berikan kepada keluarga ku..
MOOD > terharu + sedih + rindu + insaf ~

Mood di Hari Jumaat

tetiba teringat kat seseorang la pulak...Really miss him..both of them....


Wednesday 11 April 2012

Jom jalan ^_^

CUTI!!!!!!!!!!!!!




Bestnyer~
ADAM!!!! JOM KITA G JALAN!!! hehe....
tgu Baba balik (baba buat OT)...Ibu siap masak,kemas2....Adam pon dh tido...(itupon kena paksa)...
Get Ready For JALAN2...hehe...
Adam suke giler nak jalan...(kesian Adam,dah lama nk jalan taman tak dpe je)
Duk dlm stroller mmg jerit2 je...hihi...
That's MY boy~

Sebelum nak g Jalan...Mood > tgu Baba balik n Ibu siap kemas

Time ni plak tgu masa je nk tido...Susah betul nk tido (Sebab tahu nak p jalan) hehe


hehe...Rileks jek duk dlm stroller...

SUke tgk muka Adam...hehe...Muka excited ~









Tuesday 10 April 2012

Adam @Klinik Kesihatan ~

10.04.2011
Nak g check adam utk 5 bulan...
Pagi tu,bgun siap2 g keje..mula2 tgk si kecik tu tido lg.Habis mandi,tgk mata dh besar.Dah ready nk p sekolah...(semangat betul)..Pagi tu hantar baba kat opis dulu,pastu adam ikut g opis ibu pulak..
Sebab ibu lapar,kita g mkn dulu ye adam...hehe...tkpe,auntie zah n auntie intan ada..blh tgk adam nanti...hehe

Muka excited sebab ramai org..Nak main je keje kecik ni

Hahahaha...Adam kena buli dgn Auntie Zah n Auntie Intan


Sampai klinik,tgu lebih kurang 2 org je...tp dlm 30 minit jugak la...Sampai je lapar lagi budak ni..Padahal dlm keta dh lama duk BF..Dah BF, tetiba bau busuk plak...Check pampers,takde apa2 pon...(kentut je kot)...5 minit pastu,bau lg kuat....Check lg,perrgghhhhhh...Punye la banyak... *_*
Nurse kat situ siap sembur pewangi lg dlm bilik tu...hahahahaha...adam...adam...
Check berat = +- 6.7kg
Okla tu...yg penting BMI normal...hehe... That's my Boy ~


Thursday 5 April 2012

Ngantuk~

Hari ni...................tersangatlah mengantuk...............
Susahnya adam nak tido skrg ni.dah mcm2 gaya dh buat.bedung la,letak dlm buai la...meniarap la...semua tknk...mata dh mengantuk tp tknk tido..letak dlm buai,blh pulak pusing2 dlm buai tu..(baba kate adam nk membesar,memang mcm tu)..huhu..mungkin la kot..makin lasak dh si kecik tu..

time ni tgh nyenyak tido...sebelum nk jd mcm ni,punye la susah nk tido..rasa nk gigit je budak ni..

yg ni edisi tido meniarap la pulak...klu adam tido meniarap,itu tandanya dia ngntuk tahap gaban dh tu..(tp memang betul pun sebab sebelum dia tido ni pun g jalan2 kat alamanda)

kdg2 sebelum nk tido nk main2 dulu...yg penting, BFF dia mesti ada kat sebelah...Encik Teddy...hehe...(thanks to cik qa sebab bg adam patung ni...hehe)

walauapa pun, ibu sentiasa ada di sisimu adam Qhalif...kdg2 pening jugak nk melayan kecik ni tp itulah yg ibu n ayah kita rasa time kita kecik dulu....Skrg kita pulak yg rasa..Ini baru sorang..belum lg 'adik' adam...hehe... ^_^




Tuesday 3 April 2012

Keletihan~Kepenatan

Hari yang letih....mungkin sebab baru balik dr Cameron kot....sampai umah kul 9 malam jugak la...dlm keta kena pegang adam lagi...mujur baru 6.5 kg...klu 8kg,mmg semput la ibu...hehe...mgu ni nak pindah umah lagi....asyik ulang alik ke rumah baru je ni...( dpt kuarters...hehe ).........adam pon mcm suka je umah tu...
31.03.2012....berjaya pindah sepenuhnya kat umah baru....ramai yg dtg...adam suka sesgt dgn rumah baru.Penat mengemas.Penat Membersihkan...PEnat melayan kerenah si kecik tu...skrg ni tak tau dia nk apa..lasak jugak.Letak je kat tilam,terus bergolek.Adam....Adam...

Mata Adam still tak ok lg.Ada tahi mata n berair sikit.Lap guna air suam n cuci2 sikit.Kol kakzu n mak tanya apa nk buat..The Best Way to Cure Conjunctivitis is BreastMilk.Rasa bangga jugak baca artikel sebab ni.Nak try cari buku ' The Healing Power of Breast Milk ' la lepas ni...hehe

Ada sikit info pasal ni,sesapa yg nak cuba,jgn malu2 jgn segan k.. 

  • Conjunctivitis atau lebih dikenali sebagai sakit mata adalah sejenis jangkitan mata yang mudah untuk berjangkit.
  • Mata menjadi merah, dipenuhi tahi mata,dan sukar untuk membuka mata.
  • Antibodi di dalam air susu ibu iaitu immunoglobulin, mencegah bakteria dari melekat pada permukaan mata.
  • Ini menyebabkan pertumbuhan bakteria terhalang dan membantu untuk menamatkan jangkitan mata.
  • Titiskan sedikit sir susu ibu secara langsung ke permukaan mata anda.
  • Angkat kelopak mata anda sedikit untuk membantu air susu ibu beredar di bawahnya.
  • Teruskan rawatan ini tiga kali sehari selama beberapa hari, atau sehingga jangkitan mata telah dibersihkan.
  • Jika gejala sakit mata semakin berlarutan, dapatkan nasihat perubatan.
Memang berkesan..Dah try buat kat Adam tiga hari berturut2..Alhamdulillah.


Tuesday 27 March 2012

Just Untuk Perkongsian ~


Semasa mengandung...

  • Niat ' Aku nak fully breastfeed' anak ni..
  • Baca surah Al Hujarat selalu..
  • Doa berpanjangan hingga sekarang
  • Sembahyang Hajat.
  • cuci nipple hari2
  • buat persediaan awal-google psl bf
Sejurus selepas bersalin..
  • Minta nurse bagi anak secepat mungkin utk bf (Breastfeed)
  • Dalam wad susukan sejam sekali
Berpantang
  • Minum air 3 liter atau lebih
  • Mula mengepam 2 minggu dalam pantang..
  • Jadual pam yang konsistem (jika tak dapat pam akan bagi baby df)
  • rehat secukupnya-walaupun memang tak cukup sebenarnya..
  • susukan anak sekerap mungkin
  • Train anak guna botol umur 1 bulan (nak kerja kan..)
Sekarang
  • Pam 2 kali di tempat kerja
  • Balik pam sebelum tido
  • df anak bila balik kerja (df=Direct Feeding)
  • kat rumah df je tak bagi botol..
  • suruh anak doa susu kita banyak..
  • sokongan suami n keluarga..juga pengasuh..
  • kongsi pengalaman dengan ibu2 menyusu lain (InsyaAllah rezeki anak bertambah)
  • minum air 3 liter atau lebih..(ni air suam je tau..air manis tak kira ye)
  • jaga makan
  • kurang minum kafein
  • tak minum ais..
  • sentiasa positif n tenang walaupun banyak keje...huhu...

dulu....dapatla jugak 12 oz stok susu utk Adam....skrg ni...nk dpt 4oz pon rasa bersyukur sgt2...tak tahu ape yg silapnya...

Adam pon dh campur FM...kat Taska je minum FM + SI....kat umah DF terus....walau apa pon,Adam tetap AKTIF...

Benda Nak Beli (^_^)

First skali nk beli mainan adam ni....hehe

 

Pastu nk cari baju yg comel2 utk adam jugak....

 
banyak lagi benda nk cari utk Adam...tapi kena tanye Baba dulu...takut budget larik...hehe...